"Hye awak, tengah buat apa? Awak sihat? Awak dah makan? Apa plan awak harini? Awakkk, awak dah maafkan saya? Awak masih marahkan saya lagi? Awak dah tak sayang saya ke?"
Semua persoalan ni hanya terpendam dalam hati. Mulut tidak bisa mengungkap, jari tidak bisa menaip untuk luahkan semua yng dipendam dari semalam pada awak. (Awak mana kesah kan?)
Awak, awak tahu kan saya cintakan awak sangat? Mana mungkin saya ada yng lain sedangkan hati saya ni dah tertutup untuk terima insan lain. Hati saya sudah dikunci, dan kunci tersebut ada pada awak.
Awak, awak tahu kan saya rindukan awak? Maaflah saya mendiamkan diri, sebab saya dah janji takkan kacau hidup awak, saya takkan carik awak. Tapi, saya nak awak tahu, saya rindukan awak sangat. Dari semalam saya terpikirkan awak. Tidur saya tak lena semua sebab awak.
Awak, awak tahukan saya sayangkan awak? Demi Allah saya sayangkan awak lebih dari segalanya. Awak di tangga kedua, pertamanya family saya. Sedangkan saya pada awak? Kawan-kawan di dahulukan dari saya. Tak apa, saya terima.
Awak, pertama sekali, saya nak mintak maaf atas segala salah silap saya. Saya yng mulakan sengketa ni. Maaf. Saya tahu saya banyak sangat sakitkan hati awak. Tapi awak, hati saya lagi sakit bila awak layan saya macam anjing jalanan yng kurus berkurap. Mungkin bagi awak saya 'layak' untuk itu.
Awak, takkan tak ada lagi peluang untuk saya tebus semua kesalahan saya ni? Takkan tak ada lagi rasa sayang awak pada saya? Semalaman saya tunggu awak call and mesej, tapi hampa. Yelah, awak dengan kawan-kawan mana nak ingat saya dekat sini kan? :')
Awak, lastly, saya mintak maaf. Saya tahu awak dah tak sayang saya. Saya tahu awak dah ada someone yng awak idamkan selama ni. Saya harap awak happy. Dan harap juga awak maafkan saya. Sebabnya, saya dah pun maafkan awak even awak tak mintak dimaafkan :') Ikutkan saya berat hati nak maafkan awak, awak dah banyak sangat sakitkan hati saya. Tapi saya taknak awak terseksa nanti. Takpela, tak kesah berbuat baik untuk orang yng kita sayang kan?
Bahagia lah awak dengan hidup baru. Wanna remind you, saya sentiasa tunggu awak. Terpulang awak nak atau tak untuk balik pada saya.
P/S : I do love you, MAMS. With all my heart ♥
No comments:
Post a Comment