Count-ing the days

Okay guys, aku kat kehel ni tak sampai seminggu je lagi atau dalam erti kata yang mudah difahami, I've got 4days left before back to my home sweet SICK home, Tuanku Syed Sirajuddin Polytechnic (PTSS). Ye, itu rumah kedua aku kalau nak tahu. Anddd jujur kata, aku rasa macam taknak balik sana je! Nasib baik la aku ada kengkawan yang buat aku rasa 'ohh balik sana pun okay jugak, boleh jumpa blablabla'. Taknak mention nama, nanti mereka tu mula perasan. Hihi. If not, memang harapan la aku nak rasa macam tu. Silap-silap putus asa berhenti poli terus. Ahaha.

Ohh, i tell you what, result aku gempak wehh! Sangat-sangat gempak sampai aku pun tak percaya aku dapat result yang sebegitu gempak HAPRAK sekali! Okay, aku tipu je pasal gempak tu :P Sebaliknya okay. Memang tak sangka la dapat seteruk ni. Hmph. Mulanya aku berniat nak print screen result bila dah keluar kan. Tapi, dengan bangganya aku batalkan je niat aku tu. Bikin tebal kulit muka aku yang halus mulus ni je (bwekkkkkkkk!). Dah! Jangan nak jelous dengan kulit i :P Ahaha. Tetiba pulak kan -__-"

So, harapan tinggal harapan. Azam tinggal azam. Apa je yang tinggal sekarang? Angan-angan! Yes, angan-angan yang tiada kesudahan. Adehh! Kononnya boleh dapatkan 3 pointer and above. KONON la KONON! Malang gila nasib bila check, 3 pointer pun tak sampai. Kejadah?! Memang teruk result kali ni. Banyak main satu hal, then lecturer pun macam hape je kedekut PB. Dahtu, mengadap balik subjek yang pena amek masa sijil dulu. Okay, serious bosan! Ni bukan pandangan bagi aku sorang je, kengkawan lain pun merungut pelik kenapa mesti amek subjek yang dah sedia terpampang dekat transkrip kitorang, lulus dengan cemerlang lah sangat tu! Buat penat aku je bertungkus lumus dapatkan yang terbaik time sijil, last-last bila kena amek balik time diploma, habuk yang dapat :(

FYI, aku memang minat gila dengan matematik. Serious! Dari sekolah rendah lagi math aku boleh kata tinggi-tinggi jugak markah en. Anddd you know what? Naik diploma ni, kena pulak subjek Discrete Mathematic, terus math aku merudum jatuh T__T. Meh aku tunjuk sikit jatuh yang macam mana.

Sem 1 - Matematik 1                        B+
Sem 2 - Matematik 2 (Addmath)     B+
Sem 3 - Matematik Diskrit              C

Tengok lah! Kecewa kaw-kaw wa cakap luuu! Hmph. Mungkin bukan rezeki kot en. Takpela, next sem aku cuba usaha lagi :) Baikkk semua, mahu beradu dulu. Mengantuk dahni. Esok nak lepak-ing Bukit Bintang bersama kesayangan wa, Opah Eyqa. Hihi.

Sekian ...


Thanks for reading, Sweetie! Muah sikit! :)

3 comments:

  1. wehhh ..
    cm na nk alek poli ..
    km ta dpt kamsis :'(

    ReplyDelete
  2. sour - mana boleh relax. abah mesti marah T__T

    atyn - alaaa aku pun sedih hg tk dapat kamsis yang. Acane eh? Mesti susah nak study sesama nanti. Try la buat rayuan?

    ReplyDelete

Hak Cipta Terpelihara Oleh Eydaeydot