Assalamualaikum readers! :')
AMARAN KERAS : Ini hanya lah luahan hati saya. Jika anda terasa muak atau menyampah nak baca, SILA CLICK BUTTON MERAH BERTANDA 'X' DI HUJUNG KANAN ATAS LAPPY ANDA. Terima kasih daun keladi.
04 DEC 2011
4.00 PM
Awak call saya. Ohh bahagianya rasa, sebab saya memang tertunggu panggilan dari awak :') And awak ajak saya keluar spendtime together, setelah almost 5 days tak jumpa. Ohh indahnya rasa, sebab awak sudi mengadap muka saya walapun kita tengah gaduh masa tu. Around 8.00pm, awak sampai depan rumah, saya dan maktok pun masuk kereta, plan nak hantar maktok kat Pudu, then baru ngedate. Yeah, tiket maktok pukul 10.30pm, kita pun teman maktok sampai naik bas. Ohh bosannya rasa, sebab saya rindu nak spendtime dengan awak, tapi tak kesampaian pun kan? Lepas hantar maktok, pegi McD dan seterusnya balik. Sumpah kecewa. Tapi awak janji esok and lusa nak spendtime dengan saya, okay saya pun rasa happy balik :')
05 DEC 2011
9.00 PM
Awak sampai depan rumah. Maaf sebab lambat bersiap. My bad. Awak letih-letih habis kerja terus datang pick up saya. Ohh terharunya rasa, sebab awak memang tunjuk yng awak BERIYA nak keluar dengan saya. Dalam perjalanan, awak mengeluh letih penat, apa respon yng perlu saya bagi? Simpati atau menyesal susahkan awak? Okay saya diam je. Awak mula check phone saya. Saya pun automatic nak check phone awak. Ohh sedihnya rasa, awak ada bermesra dengan perempuan lain. Sakit hati? Terkelu? Sedih? Atau rasa nak menitik air mata? Apa perasaan saya sekarang ni? Saya mula jauh hati. Ketika ini, baru saya sedar yng air mata saya dah mengalir deras. Saya cuba taknak keruhkan keadaan. Pada zahirnya saya nampak cool, tapi hati? Seperti di toreh-toreh dengan pisau tumpul rasanya. Hmph.
Awak langsung tak pujuk, jauh sekali nak chill kan saya. Kenapa awak? Kenapa awak sanggup buat macam ni? Awak dah janji macam-macam, tapi satu pun awak tak tunaikan. Bila saya bersuara, awak kata 'you ni fikiran kolot. suka carik point. dea member jelah'. Awak, saya kenal awak dah lama, bukan sehari dua. Saya tak kisah awak nak berkawan dengan mana-mana perempuan, itu HAK awak. Tapi saya pun perlukan HAK saya, bebas berkawan dengan sesiapa yang saya suka. Tapi saya tak pernah dapat HAK saya tu, saya akur dengan arahan awak. Tapi awak? Saya akui, hati saya mula berubah. Tawar hati. Serik. Dan percaya lah, kalau awak terus-terusan macam ni, mungkin awak akan hilang saya. Ohh lupa, memang ini yang awak mahukan, kan? :')
Dan hari ini ...
06 DEC 2011
4.00 AM
Saya sedang menghitung masa, jam, minit dan saat. Awak janji nak keluar dengan saya lagi. Tapi jujur saya katakan di sini, i'm not feeling like wanna date with you. Yes, seriously! Saya tahu saya akan rasa sakit hati berganda. Saya tak tahu macamana nak mengadap muka awak nanti. Dan saya berharap awak batalkan niat nak keluar dengan saya. Aminnn! Mungkin kedengarannya agak kasar. Tapi saya tak dapat nak berbuat apa-apa lagi. Berkali saya cuba pulihkan keadaan, berusaha buat yang terbaik dalam hubungan kita. Dan setiap kali saya cuba, saya makin jatuh tersungkur. Tersungkur sampaikan takde siapa yang boleh papah saya untuk bangun semula. Sedih.
Untuk kesekian kalinya, maaf awak. Saya betul-betul tak dapat selamatkan apa-apa lagi. Saya perlu melihat dari pihak awak sendiri untuk pulihkan semua ni. Kalau awak pun dah give up, maka berakhir lah kisah cinta kita yang penuh liku ini. Semuanya di tangan awak.
Sekian ...
ha.. sambung sni.. mls nak click2 kt older post tuh.
ReplyDeletehaha..
i da lapor diri kt jb balik.. next yer baru fly ke borneo balik..
hahahahahha.. u know what?? i slalu gile ke kl.
tp da x ilang smua no contact termasuk U! Hehe :p
Btw kan.. i punye pangkah belah ujung kanan ni color ijau la.. hahahhahaa
Qunall!!!
i mean da ilang tau.. bukan x ilang. hahaha
ReplyDelete